Wednesday, December 2, 2009

SOL-JAHS

:
Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-kawan yang Kita Suka
:
MASKARA
Di Rumah Pena
8.30 malam
Sabtu 5 Disember 2009

:
Ini adalah MASKARA terakhir...untuk tahun 2009. Heh!
:)

Monday, November 23, 2009

SEJAK

Ustaz Wan kata, hari ini handphone dia langsung tak ada orang yang call. Tak macam hari selalu-selalu, paling tidak setiap tiga jam ada satu call masuk.

Lantas aku pun call supaya hilang kebuntuan itu kononnya. Dan terdengar suara perempuan menjawab, "The number that you have dial is...."

Aku terus ke meja Ustaz Wan dan capai handphonenya. Chet! Tak 'on' rupanya. Aku jeling Ustaz Wan yang tengah menyeringai tunjuk gigi handsomenya. Huh!

:)

Thursday, November 19, 2009

SEBATI

Aku terkedu di depan komputer. Mata kuyu. Hm. Kena buat sesuatu untuk hilangkan mengantuk. Aku pun bangun dan terus ke meja Ustaz Wan. Mencari-cari sesuatu atas meja tu.

Ustaz Wan tanya cari apa. Aku kata cari cermin muka nak tengok mata aku ni bengkak ke tak. Ustaz Wan tunjuk kat celah buku. Aku pun ambik dan...tengok. Uih! Cermin tu bertampal gambar muka Ustaz Wan! Penuh satu cermin sebesar tapak tangan. Nasib baik aku tak muntah kat situ ha ha ha!

Apa-apa pun, Ustaz Wan jauh lebih handsome daripada Ronaldinho...walaupun giginya hampir sama heh.

:)

Monday, November 16, 2009

SUNGGUH

Hari ini Ustaz Wan buat kejutan. Dahlah masuk ke office awal, dah tu bawak laptop baru pulak lagi. Kagum aku. Berseri-seri muka Ustaz Wan.

Adik HR yang baru sampai terus ke meja Ustaz Wan. Bila ternampak laptop baru, Adik HR kata dengan kuat, “Wah! Besssar punyaaa!” Muka Ustaz Wan kebiru-biruan aku tengok. Heh.

Lama kemudian, Ustaz Wan cakap dengan aku, “Apasal ana punya internet ni lembab sangat?” Dari kejauhan terdengar suara Adik HR, “Alaaa…tak potong lagi la tu!” Makin biru nak jadi ungu aku tengok muka Ustaz Wan.

Hm. Pengaruh iklan sungguh. Heh!

:)

Friday, November 13, 2009

SALING

Tengah hari. Sebelum bergerak ke Masjid Sri Damansara untuk solat Jumaat. Aku berjalan tergesa-gesa ke pantry melalui depan meja Adik HR. Bukan apa...untuk santapan percuma macam hari-hari sebelum. Cuma hari ini istimewa sikit, nasi beriani, beb!

Sebelum sempat melangkah masuk ke pantry, Adik HR menyapa, "Amboih...lajunya!" Dan satu ilham tercipta di akal aku yang genius. Aku berhenti melangkah. Menghadap Adik HR.

Aku kata, "Saya boleh tengok apa yang ada di belakang saya ni tanpa menoleh dan memusingkan kepala ke belakang." Aku pun memusingkan tubuh aku ke arah belakang tanpa menoleh dan menggerakkan kepala. Tegak. Hanya kaki saja yang bergerak. See...hua hua hua.

Adik HR terkekek gelak...dan mencebek. Heh.

:)

Wednesday, November 11, 2009

SUNYI

Pagi. Sedang aku mengemas meja aku di office, Ustaz Wan panggil aku. Aku pun terus ke mejanya dengan muka tertanya-tanya...apahal pagi-pagi lagi dah panggil ni? Ada masalah munakahat ke?

Ustaz Wan tanya, "Anta tau makna perkataan 'makkanul timuni dilwaktul fajri'?"

Aku mengerut dahi tanda tak tahu. Hmm...(Memanglah aku pernah belajar di Cairo tapi aku belajar dalam Bahasa Inggeris. Kenapa? Well...).

Ustaz Wan terus cakap, "Alaa...maknanya 'makan timun di waktu pagi' hua hua hua!" Kuat gelak Ustaz Wan. Adik HR yang tengah letak fail atas meja aku pun gelakkan aku. Chet! Aku hantuk juga dua-dua ni karang.

:)

Monday, November 9, 2009

SEKELIP

Aku berdiri depan meja Adik HR. Mata perhatikan sehelai tisu di atas sebuah buku. Aku nak buat silap mata.

Aku boleh hilangkan tisu tu dengan hanya sekelip mata. Diulang sekali lagi...sekali kelip mata. Atau lebih tepat...pejam mata dan buka semula. Aku suruh Adik HR tutup mata. Dengan pantas aku tolak tisu tu jatuh ke bawah meja. Dan buka mata semula. Kan! Kan! Kan!

Tisu tu hilang dalam sekelip mata. Diulang sekali lagi...sekali kelip mata. Atau lebih tepat...pejam mata dan buka semula. Heh!

:)