Friday, April 1, 2011

SOUL-JER OF FORTUNE - part 2

Malam. Lepas isyak di Masjid Saujana Utama, gua terus ke Restoran Maju Ahmad (cuba memberitahu tempat tinggal – Edit.). Perut pun agak kelaparan sebab Cikgu Ruby tak masak hari ini...tak berapa nak sihat.

Sampai restoran, gua terus ‘order’ mee goreng basah mamak pedas dan berkicap. Air minuman, teh ais cincau. Cita rasa melampau. Tak sampai lima minit, semua yang gua ‘order’ terhidang atas meja. Profesional sungguh tukang masak.

Namun, gua rasa ada sesuatu yang kurang. Ya. Gua capai botol lada sulah yang comel. Gua goncang botol tu. Uikh! Tak keluar. Gua goncang kuat sampai...bluf! Terbuka penutup botol comel tu. Habis serbuk lada sulah memenuhi permukaan mee goreng ‘special’ gua. Gua jeling kiri kanan. Tak ada yang perhati gua dan dengan sendirinya tak ada yang mentertawakan gua. Gua gaul mee goreng berintikan serbuk lada sulah. Biar sebati. Secukup rasa. Tidak lupa daun bawang yang telah dihiris. Juga, halia yang diselaputi tepung, ye puan-puan (dah sampai tahap emo yang tak boleh dikawal ni – Edit.).

Gua teruskan makan walaupun pedas campur masin. Sampai saja untuk suapan yang terakhir, tiba-tiba ada suara, “Dari air muka abang, saya tau abang tengah kehilangan.”

Gua hampir tersedak. Gua toleh. Mana mamat bertali leher ni tahu yang gua hilang kawan? Gua teruskan juga kunyahan terakhir sebelum meneguk minuman yang tersedia. Kemudian pandangan gua beralih ke arah mamat tu. Gua tanya, “Awak tilik nasib ke?”

Mamat tu kata, “Tak, bang. Tilik tu haram, bang. Tapi saya belajar psikologi, bang.”

“Oo...” kata gua sambil angguk-angguk.

Mamat tu sambung, “Abang tau apa yang sebenarnya membuat abang kehilangan? Ok, bang. Ni, bang.” Mamat tu keluarkan satu buku dari dalam beg galasnya. “Buku ni, bang. Setelah abang kehilangan, buku ini akan menemukan kehilangan tu semula, bang.”

Gua pandang tajuk buku tu, ‘Mengembalikan Tenaga Anda’. Dan ada logo seksual di kulit buku tu. Etcheh! Buku ni buat apa. Gua masih jantan la. Gua baru dapat baby dalam usia yang lanjut ni tau. Kau ada? (bongkak itu sifat syaitan – Edit.) Heh.

Gua buat isyarat tak apa kepada mamat tu. “Lain kali la,” gua kata. Gua bangun dan pergi dari situ. Huh! Gua ingat buku panduan untuk mengembalikan semula kawan yang hilang.

Tiba-tiba suara garau dari belakang, “Kawan! Kawan!” Kawan? “Itu duit makan...kasi bayar dulu!”

Uikh!

6 comments:

tasekM said...

hah! kan ke dapat kawan baru tu...

ha ha.




.

afendi ariff said...

lu tak amik no tepon budak tu?
heh!

MARSLI N.O said...

Sdr Azzam: Cara Sdr bercerita memang menarik. Kenapa tak tulis cerpen atau novel? Atau saya yang tak tahu banyak sejarah penulisan Sdr? Maaf.

MARSLI N.O

azzam supardi said...

Tasek, yeah! Kawan baru! Ha ha!

Fendi, banyak la ko punya tepon he he!

Marsli, ini dah kira satu penghormatan dari seorang karyawan sastera ni heh. T/kasih daun keladi :)

Ian La Fraz said...

"afendi ariff said...
lu tak amik no tepon budak tu?
heh!

April 1, 2011 2:52 PM"

-juga no. tepon 'kawan' baru tu...

achik said...

restoran maju ahmad? saujana utama?
macam tau je kat mana.. ;p

oh2 tahniah dpt baby.. :)