Saturday, April 2, 2011

SOUL-JER OF FORTUNE - part 3

Pagi sepagi jam 7.00. Sambil memandu DVVT ‘renovated’, mulut gua terkumat-kamit mengikut baca doa pagi di Radio IKIM.fm diikuti, “Rodhitu billahi robba, wa bil-Islami dina, wa bi-Muhammadin nabiya wa rasula…”

Dalam pada itu, perut mula berzapin minta diisikan dengan sarapan. Futhur…ya syeikh! Malam tadi makan tak puas sebab mee goreng ‘special’ dipenuhi lada sulah. Memulas perut. Mata dikerling ke kiri kanan melihat-lihat kalau ada gerai nasi lemak dan kuih-muih. Radio pula suara merdu Siti Rohani Surani berkumandang, “Sarapan apa kita pagi ini? Kalau tengok di gerai-gerai tu macam-macam kuih ada sampai susah nak pilih ye.” Macam-macam kuih apanya…satu gerai pun tak jumpa heh!

Siti Rohani Surani melunakkan suaranya lagi, “Nak makan tu ingat-ingatlah kawan-kawan ye. Susah senang bersama. Sentiasalah mendoakan yang terbaik. Jangan sampai terputus silaturahim ye. Rasulullah telah berpesan, ‘Tidak masuk ke syurga pemutus silaturahim.’ Ingat tu ye.”

Gua terkedu. Apapun, doa yang terbaik walaupun gua dah hilang kawan. “Terbaek!” Diam tak diam gua terlepas lorong untuk ke ofis. Makanya, terlihatlah McD Drive Thru hadapan mata. DVVT ‘renovated’ gua macam ditarik terus ke lorong ‘pandu lalu’. Dan berhenti di sebelah ‘speaker n mic. monitor’. “Selamat pagi,” suara lembut dari ‘speaker’ dan sambung, “Boleh saya ambil ‘order’ encik?”

Uih! Mana dia tahu gua ni ‘encik’? Buatnya gua ni ‘cik’ ke ‘puan’ ke? O. Mungkin ada CCTV di atas. Gua pun melambai-lambai sambil meminta, “Big Breakfast satu. ‘Take away’ ye.”

Dan si dia menjawab, “Baik. Itu saja ye. Sembilan ringgit tujuh puluh lima sen, encik. Bayar di depan tempat ambil bungkusan ye. Nak beritahu ye, di sini memang untuk ‘take away’ ye, encik.”

O. Gua terangguk-angguk lagak orang ‘blur’. Gua pandu ke hadapan dan berhenti tepat di tempat mengambil ‘order’. Gua berpaling ke tingkap. Terkejut gua apabila nampak lima gadis sedang melihat ke arah gua sambil tersenyum dan tangan masing-masing di sangkut ke bahu rakan-rakan, macam pemain bola nak bergambar. ‘Surprise’ ke ni?

Tidak lama, wajah masing-masing berubah hampa, dan merungut, “Bukan la…bukan…” Mereka pun beredar membuat kerja masing-masing.

“Salah orang ke?” Gua bertanya kepada seorang gadis yang berdiri di depan mesin kira. Dia cuma tersenyum dan menghulur tangan meminta bayaran. Gua bertanya lagi sambil membuat bayaran, “Ingatkan nak bergambar tadi, berdiri berpeluk-peluk bahu tu.”

“Kitorang memang rapat, encik. ‘Student’ UITM. Buat ‘part-time’ kat sini,” dia kata, peramah.

“O…rapat ek? Itu yang peluk-peluk tu heh,” andaian gua. Dia mengangguk senyum. Hmm… kalau kawan rapat kena peluk-peluk rupanya. Itulah sebabnya gua hilang kawan, pasal gua tak peluk-peluk dengan kawan ‘ex-group’ gua.

Kemudian, si dia menghulur Big Breakfast yang gua ‘order’. Dikesempatan yang sama gua bertanya, “Tadi tu masa berdiri ramai-ramai diorang ingat saya ni siapa?”

Dia jawab, “O… err… kitorang ingat encik ni… Mamat Khalid.”

Pergh!

3 comments:

Mohd Azry Fauzy said...

hahahaha...azzam x2!
mamat K tu yg tak tahan tu..;)

afendi ariff said...

kat mana yg mcm mamat khalid tu?
cer cite...cer cite....
heh!

ENCIK TIKUS said...

cilakak dah berupdated dah ! lama woo gua tunggu