Sunday, April 3, 2011

SOUL-JER OF FORTUNE - part 4

Petang yang tak petang sangat. Petang yang belum keluar cahaya merah. Tapi bukan ‘mentari merah di ufuk timur’. Lagu kumpulan Search itu tiada kena mengena dengan petang yang tak petang sangat seperti dimaksudkan.

Di ruang luar deretan kedai, gua berdiri di sebelah sofa biru pekat yang telah usang. Tapi bukan ‘meniti titian usang’. Lagu Kumpulan Search itu tiada kena mengena dengan sofa biru pekat seperti yang dimaksudkan.

Berdiri tegak di situ, sesekali meneguk botol mineral sambil memerhatikan DVVT ‘renovated’ gua dicuci oleh tiga orang tenaga India yang gagah walaupun agak kurus. Gua tengok keakraban ketiga-tiga pemuda itu amat kuat. Apataknya, masing-masing tahu tugas masing-masing; seorang lap, seorang sedut, seorang berus. Kan ‘synchronize and harmony’. Kalaulah gua macam itu, sudah tentu gua tak hilang kawan.

Dalam masa yang sama, gua menjeling ke arah sofa usang itu yang diduduki oleh seorang kanak-kanak yang berumur lebih kurang tiga tahun. Di sisinya, ibunya sedang berdiri mengunyah ais krim tanpa mempedulikan anak itu terkecur saja. Kedekut, getus hati gua. Sambil itu, gua terfikir-fikir, bila agaknya anak itu nak bangun dari situ dan memberi laluan kepada gua yang sedang lenguh ini duduk. Hmm..

Doa gua makbul di waktu asar ini. Ibu dan anaknya bangun kerana kereta miliknya sudah siap dicuci. Gua ambil peluang yang ada. Baru saja gua melangkah dua tapak, ada seorang mamat juga mengambil tindakan yang sama. Tapi ‘best man win’. Gua rasa gua lebih tampan daripada mamat itu dan mamat itu mungkin terasa tiada ketampanan macam gua lalu dia mengalah. Dan katanya, “Duduklah, pak cik.” Cheh! Perli yang melampau tu. Heh.

Di hadapan gua, ibu kepada anak tadi merungut sambil memandang seluar anaknya, “Laa… pampers bocor ke? Habis basah seluar tu!” Dengan sendirinya gua terasa sofa usang ini mengeluarkan sesuatu yang cair dan menyerap terus di punggung jeans gua. Erkh!

Gua ‘cool’. Gua tahu mamat yang tak berapa nak tampan sebelah ni sedang mentertawakan gua dalam hati. Tapi, ada gua kisah?

Di hujung sana gua terlihat seorang gadis bertudung putih berwajah semanis Rafidah Ibrahim sedang bersandar di tiang. Alamak! Baru saja gua terfikir macamana gua nak berdiri dalam keadaan seluar basah, tiba-tiba salah seorang pencuci memanggil gua. DVVT ‘renovated’ gua siap dicuci.

Secara langsung, gua tuang air dalam botol mineral gua ke seluar gua dan pura-pura kata, “Allahu akbar! Tumpah la pulak!” Dan terus berjalan ke arah pencuci, membayar tiga belas ringgit. Gua kerling ke arah gadis berwajah Rafidah Ibrahim untuk melihat reaksinya. Namun dia tiada emosi langsung. Heh!

Gua ‘start’ enjin DVVT ‘renovated’ gua dan ternampak mamat yang tak berapa nak tampan terus berdiri di sebelah sofa biru yang usang. Heh! Kesian…

5 comments:

afendi ariff said...

tak basah ke sofa dvvt ko bai?
heh!

Masy said...

eeuuuuuwwwwww

Prinzessin said...

lama tak meng"komen" di blog anda! hehehe..

Sempat lagi cover line tu...ekekekekey...

KeMatZ said...

perhhh ......

azzam supardi said...

Fendi, basah...buat dek je le!

Masy, slurp! ha ha!

In, welkam...welkam!

Kematz, fuh!