Thursday, March 31, 2011

SOUL-JER OF FORTUNE - part 1

“G, diorang nak buang kau dari Sol-Jah ha ha ha!” Naga kata melalui alat telekomunikasi yang sama ‘brand’ dengan gua cuma lain ‘series’. Biasalah, Naga kalau bercakap dengan gua mesti gelak-gelak, mungkin sebab dia bayangkan muka gua yang kelakar. Heh.

“Aku tak kisah, g...serius ha ha ha!” Gua jawab selamba memandangkan sejak akhir-akhir ini gua tak ‘fancy’ dengan Sol-Jah, baik di Rumah Pena atau di mana saja mereka berada. Bebanan tugas dan beberapa ‘story’ lain membuat gua tak berapa nak ‘commit’ dengan aktiviti sosial Sol-Jah (klise punya alasan – Edit.). Yang terakhir... Maskara Showcase.

“Tapi projek kita jalan macam biasa, g... ha ha ha!” kata Naga lagi. Masih gelak-gelak suka hati. He he!

“Aku no hal! Banyak projek terbengkalai selagi proposal tak siap ha ha ha!” jawab gua yang turut gelak. Proposal. Tak apa, biar Naga selesaikan. Gua ni pulak, kerja makin bertambah, maklumlah, jawatan baru dinaikkan, gaji baru ditambahkan, kerja makin dilempahkan... kalau tak siap, mahu dibuang kerja. Nanti terpaksalah menyusahkan kawan-kawan-yang-kita-suka cari kerja lain (keterangan poyo – Edit.).

Petang itu, gua balik kerja, macam biasa pandu DVVT ‘renovated’. Sampai rumah, memang tak lain yang gua cari, nasi ayam goreng garing yang Cikgu Ruby buatkan khas untuk ‘hubby’ yang ‘hensem’ (diulang, keterangan poyo terlampau – Edit.). Heh!

Selesai membaham ayam bersama nasi-nasinya, gua terus menghadap Adelia Nisa, si anak yang baru dilahirkan dengan penuh hormat. Alhamdulillah. Gua baring di sebelahnya dan berkata perlahan, “Ayah nak bagitau satu berita yang menggembirakan. Nisa lahir je kat dunia ni ayah terus hilang kawan. Gembira tak?” Nisa terus meraung. Hm... tak gembiralah tu.

Bersambung... (jangan percaya sangat – Edit.)